Monday, February 14, 2011

~Selamat Menyambut Maulidur Rasul ; Jaga 7 Sunnah Rasulullah SAW...~

~Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera~

Alhamdulillah.....
kita masih dipanjangkan usia hingga ke hari ini...
marilah kita memanjatkan syukur kita kepada hadrat Illahi...
kerana masih lagi berpeluang menikmato dan menghirup udara kurniaan Allah ini...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Astaghfirullah....
berapa banyakkah dosa kita hari ini....
sama ada kita sedar atau tidak sedar...
sengaja atau tidak sengaja....
bersediakah kita untuk bertemu dengan malaikat Mungkar dan Nangkir dengan persoalan yang akan diajukan...
bersediakah anggota2 badan untuk menjawab segala persoalan itu...
Astaghfirullah....
sudahkah kita bertaubat untuk hari ini...
sudahkah kita memohon ampun pada Si Pencipta...
sudahkah kita memohon maaf pada insan2 ciptaan Allah SWT di sekeliling kita....
Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...

Subhanallah....
dengan izin-Nya..diizinkan pada saya sedikit waktu untuk menyiapkan satu post yang ringkas ini....
bersempena....hari lahir hero terhebat umat Islam kita...
yakni bersempena baginda Rasulullah SAW...
marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW...
bukan pada hari2 tertentu sahaja malah diteruskan hingga hari2 lainnya...
insyaAllah...

seperti di tajuk post...
saya akan mengambil satu artikel ringkas daripada iluvislam...
insyaAllah...inilah postnya....

***********************************************

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

*************************************
insyaAllah.....
masih ada banyak lagi sunnah Rasulullah SAW....
yang boleh kita ikuti....
insyaAllah kita semua akan berubah ke arah yang lebih baik selepas ini...
insyaAllah...
saya ada satu video yang best tentang sedikit sirah Rasulullah SAW...
yakni ketika Rasulullah SAW wafat..
insyaAllah.....
harap anda semua pergi ke YouTube untuk melihat video ini...
takut diganggu audio dalam blog saya ini....
inilah videonya...


subhanallah...
rasa setakat ini sahajalah post saya buat masa ini...
sekiranya ada salah dan silap...
tolong maafkan saya dan tegurlah saya dengan cara yang baik...
insyaAllah....
kita semua ingin berubah ke arah yang lebih baik...

sekian....
~Assalamualaikum WBT dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul dengan amalan yang ikhlas lagi istiqamah~

3 comments: