Tuesday, November 1, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran..


Imamku,
Dikejauhan ini,
Ku sapa salam setiamu,
Ku rasakan,
Tanpa pertolonganNya,
Onak, duri, jeriji besi ini,
Tidak mampu kita tempuhi bersama.


Imamku,
Tika ini kita sama-sama berjuang,
Dirimu bermusafir di bumi Moscow,
Diriku mengembara di sebuah negeri kecil,
Tidak ku tahu keadaan dirimu di sana,
Hanya doa kepadaNya lah yang mampu ku kirimkan.


Imamku,
Dirimu rasai diriku juga rasai,
Begitu mencabar dalam tempoh ikatan kita ini,
Semoga Allah sentiasa menjaga iman kita,
Dari segala hasutan makhluk api itu.


Imamku,
Sungguhku bersyukur kehadratnya,
Sekiranya diriku ini tertulis untukmu,
Sungguh tidak ku pandang yang lain,
Melainkan agama yang ada padamu.


Imamku,
Di hari yang mulia ini,
Kuberdoa semoga dirimu dipanjangkan usia,
Dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmatNya,
Ku YAKIN suatu masa nanti Allah akan memakbulkan doa-doa kita,
Kerana Dia lah Al-Bari’.
Allah Yang Maha Menjadikan.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Imamku..

Sajak ini ikhlas ku coretkan untuk bakal imamku. InsyaAllah. Walaupun ianya tidak seberapa tetapi hanya ini lah sahaja yang mampu. Harap Abu Aisyah suka :) Suatu hari nanti nak dengar Abu Aisyah deklamasi sajak ni boleh tak? ^___^

6 Zulhijjah 1432H
02112011