~Siapa Saya~

 Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi baca blog saya ini yang pengisiannya yang agak tidak tentu hala, kadang kala isiannya agak bergenre jiwang dan kadang kala bergenre Islamik. Blog ini hanyalah sebagai isian masa saya, sebagai tempat untuk saya berceritakan kisah saya, bukan sebagai bahan hiburan bahan ejekan mahupun fitnah. Tidak Sama Sekali!!! Tetapi sebagai bahan rujukan sebagai tauladan dan pengisian Islamik itu untuk mencari saham yang hasilnya lumayan sekali malah berkekalan selama-lamanya.

   Cukup sekadar sedikit objektif blog ini. Sekarang saya hendak bercerita siapakah saya ini. Saya senang dengan panggilan Azril dalam kalangan rakan-rakan ataupun Ayi antara ahli keluarga merupakan anak bongsu kepada pasangan guru yang cukup hebat. Dilahirkan pada tengah hari 7 Jamadil Awal 1413 tahun Hijrah. Alhamdulillah syukur pada Illahi saya selamat dilahirkan.

   Apa yang saya suka adalah seperti manusia biasa suka dan tidak suka seperti manusia yang lain tidak suka. Pada dasar agamanya saya sudahpun bertunang dan jika ditanya bila akan kahwin sayapun tiada jawapannya kerana jodoh, ajal, pertemuan itu semua kerja Allah semua dalam perbendaharaan-Nya. Yang kita mampu hanyalah minta dipercepatkan jodoh insyaAllah.

    Sekarang saya seorang mahasiswa yang berumur 22 tahun di I.M. Sechenov First Moscow State Medical University di Russia. Saya dibawab seliaan Yayasan Terengganu kerana kos pengajian dan hidup saya di sini adalah diatas bantuan Yayasan Terengganu. Alhamdulillah, rezeki Allah kurniakan.

     Mungkin setakat itu sahaja perkongsian biodata saya. Ingin kenali saya lebih lanjut bolehlah berkenalan dengan saya :)