Wednesday, December 1, 2010

~Fadhilat Awal Muharam...sama-sama kita renung dan amalkan....~

~Assalamualaikum WBT dan salam 1Malaysia~

Hmmm....apa khabar Malaysia...
huuhuhuhuhuuuuuhhhhhhhhuuuuuuuuuuu
windunya kat kampung halaman...
sanak saudara...yg tersyang...
hmmm....
tp nak wat camne....
inilah pengorbanan yg terpaksa aku lakukan...
sebaik sahaja pilihan aku untuk ke luar negara...
hmmm....sudah lama jugak aku x post kat blog kesyangan aku nie...
ok....topik hari nie cukup mudah dan bermakna...
insyaAllah...
semoga ruangan blog nie bukan sahaja pasal aku...
tp menjadi medan untuk menyebarkan ilmu...
insyaAllah...
ok...insyaAllah....sekiranya dipanjangkan umur oleh Allah SWT lagi...
kita semua akan menyambut tahun baru Islam....
yakni membuka lembaran..
tahun 1432 Hijrah...
so buat semua....

~SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM BUAT SEMUA MUSLIMIN~
~SALAM MAAL HIJRAH DARI MOSCOW~



so...diharapkan tahun ini kita semua lebih baik daripada tahunn lepas...
semoga Islam akan terus bangkit dan menjadi kuat lagi...
seperti zaman kegemilangan Islam dahulu...
semua itu bermula dengan kita sendiri....
apa yang penting....
lakukan semua suruhan-NYA dan tinggalkan semua larangan-NYA...
insyaAllah kita semua akan dilindungi Allah SWT...
insyaAllah...
kita perlu bersatu....
jangan kerana kepentingan sesuatu..
kita sanggup menjatuhkan saudara Islam kita sendiri...
biarlah kita...
susah dan senang bersama2...

setakat itu sahaja buat masa ini...
insyaAllah...
saya akan berkongsi sedikit fadhilat bulan Muharram....
yang bakal kita bertemu sekali lagi beberapa hari lagi insyaAllah...
sumber saya dapat ilmu manfaat ini daripada
sebuah laman Wordpress yg bertajuk Laman Nurani..

insyaAllah...semoga ilmu ini terus dismpaikan...
insyaAllah....semoga Allah merahmati kita semua...
insyaAllah....semoga kita memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat....

miz u ma, abah, siblings n loved one...

~FADHILAT BULAN MUHARRAM~

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan  tersebut.
Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
    Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
    Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
    Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
    bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
    tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
 
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
    fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
    fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
    fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
    tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
    fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
    gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
    pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
    fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.
8. Mandi Sunat
    fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
    fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
    fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
    nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
    fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
    selama 50 tahun melakukannya.
    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
    kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
    baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
     “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
      fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
    fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
    Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
    kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 
Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

Monday, November 15, 2010

~Kelebihan pada bulan ini...Bulan Zulhijjah...~

~Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia~

minta maaf kerana dah lama aku tak memblogkan diri aku nih..
huhuhuhu.....
nak wat camne.....
sibuk sikit....dengan selang sehari testnyer huhuhu....
letih...fuuuuuhhhh....
tapi inilah dugaan yang aku kena jalani kat sini...

hmmmm....
post nie bukanlah psal aku...tp psal bulan ini...
yakni kalau bulan Islam....Bulan Zulhijjah...
waaa....dah musim haji...
budak2 pulak x sabar nak beraya....
aku pulak beraya di perantauan and ade kelas...
adoii...
nampak gayanya....memonteng laa aku jawabnya n the gang hohohoh
ote...cukup laa tu...
mari kite bercerita pasal Bulan Zulhijjah...
errrmmm...sowie sbb lmbat giler999 aku post pasal nie...
aku rase korang semua dah tahu...
cuma lupa hehehe....
k....marilah kita saling memperingati....
dimana saya juga memperingati diri saya sendiri..
heee.....chaloo..!!!

-Kelebihan hari2 @ Bulan Zulhijjah-

1 Zulhijjah
kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 Zulhijjah
doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, 
barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun 
dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 Zulhijjah
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, 
diperkenankan Allah segala doanya

4 Zulhijjah
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu 
terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak 
ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat

5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu 
terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah 
dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 Zulhijjah
pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  
Barang siapa berpuasa pada hari itu, 
dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 Zulhijjah
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  
Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  
Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). 
Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, 
hanya Allah yang mengetahui.

9 Zulhijjah
 turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. 
Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan
iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H 
ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  
Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim
 bahawa perintah menyembelih anak itu 
sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. 
 Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). 
 Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah
 dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 Zulhijjah
 adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  
Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, 
maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah
 akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  
Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan 
kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, 
maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian
 dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya 
lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

sekian.....semoga penyampaian ilmu ini bermanfaat untuk diri saya...
dan anda semua deh...
semoga Allah SWT....,merahmati kita semua...
sesungguhnya Allah itu lebih dan Maha Mengetahui daripada saya...
jika ade sebarang kesalahan....tolong perbetulkan saya deh hehehe...
saya pown masih lagi belajar...dan tetap belajar...
ok..smpai di sini sahaja post aku kali niee..wee~
ote...
insyaAllah...semoga diperkuat dan dikekalkan nikmat...
iman dan Islam kita...
sekian..
maaf dipinta jika ade sbarang silap dan salah...
yang sengaja @ x sengaja hehehe....

SALAM AIDILADHA....SALAM PERANTAUAN DARIPADA MOSCOW, RUSSIA

SALAM DARIPADA SAYA DAN KELUARGA DI MALAYSIA

DAN TUNANGAN SAYA, NUR AFIFAH AUNI

SALAM AIDILADHA...SALAM PENUH KEMAAFAN....

~ASSALAMUALAIKUM WBT~