Wednesday, December 1, 2010

~Fadhilat Awal Muharam...sama-sama kita renung dan amalkan....~

~Assalamualaikum WBT dan salam 1Malaysia~

Hmmm....apa khabar Malaysia...
huuhuhuhuhuuuuuhhhhhhhhuuuuuuuuuuu
windunya kat kampung halaman...
sanak saudara...yg tersyang...
hmmm....
tp nak wat camne....
inilah pengorbanan yg terpaksa aku lakukan...
sebaik sahaja pilihan aku untuk ke luar negara...
hmmm....sudah lama jugak aku x post kat blog kesyangan aku nie...
ok....topik hari nie cukup mudah dan bermakna...
insyaAllah...
semoga ruangan blog nie bukan sahaja pasal aku...
tp menjadi medan untuk menyebarkan ilmu...
insyaAllah...
ok...insyaAllah....sekiranya dipanjangkan umur oleh Allah SWT lagi...
kita semua akan menyambut tahun baru Islam....
yakni membuka lembaran..
tahun 1432 Hijrah...
so buat semua....

~SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM BUAT SEMUA MUSLIMIN~
~SALAM MAAL HIJRAH DARI MOSCOW~



so...diharapkan tahun ini kita semua lebih baik daripada tahunn lepas...
semoga Islam akan terus bangkit dan menjadi kuat lagi...
seperti zaman kegemilangan Islam dahulu...
semua itu bermula dengan kita sendiri....
apa yang penting....
lakukan semua suruhan-NYA dan tinggalkan semua larangan-NYA...
insyaAllah kita semua akan dilindungi Allah SWT...
insyaAllah...
kita perlu bersatu....
jangan kerana kepentingan sesuatu..
kita sanggup menjatuhkan saudara Islam kita sendiri...
biarlah kita...
susah dan senang bersama2...

setakat itu sahaja buat masa ini...
insyaAllah...
saya akan berkongsi sedikit fadhilat bulan Muharram....
yang bakal kita bertemu sekali lagi beberapa hari lagi insyaAllah...
sumber saya dapat ilmu manfaat ini daripada
sebuah laman Wordpress yg bertajuk Laman Nurani..

insyaAllah...semoga ilmu ini terus dismpaikan...
insyaAllah....semoga Allah merahmati kita semua...
insyaAllah....semoga kita memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat....

miz u ma, abah, siblings n loved one...

~FADHILAT BULAN MUHARRAM~

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan  tersebut.
Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
    Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
    Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
    Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
    bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
    tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
 
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
    fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
    fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
    fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
    tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
    fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
    gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
    pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
    fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.
8. Mandi Sunat
    fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
    fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
    fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
    nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
    fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
    selama 50 tahun melakukannya.
    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
    kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
    baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
     “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
      fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
    fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
    Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
    kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 
Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

1 comment: